Saturday, November 15, 2008

HADIS NABI S.A.W.:

"SEBAIK-BAIK KAMU IALAH ORANG YANG MEMPELAJARI AL-QUR'AN DAN MENGAJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN."


Belajar Al-Qur’an : Online!
Belajar Al-Qur’an Secara Online melalui Yahoo! Messenger, Majlis Tahsin menyediakan kemudahan program Talaqqi (one-to-one session) atau belajar Al-Qur’an secara online dari mana sahaja dan pada bila-bila masa selagi di dalam had waktu yang ditetapkan.

Hanya menggunakan:

1) Yahoo! Messenger

2) Headphone (yang mempunyai speaker)

Anda boleh mempelajari Al-Qur’an secara online selama setengah jam sehari sebanyak tiga kali seminggu.


Hari
Anda boleh memilih hari yang sesuai dengan anda bemula dari hari Ahad – Khamis.


Waktu
Waktu yang dicadangkan ialah seperti berikut:
1) dari 2.00 ptg hingga 4.00 ptg,
2) dari 9.00 mlm hingga 11.00 mlm,
3) atau anda boleh memilih waktu yang ‘flexible’ dengan jadual seharian anda dan jadual rutin kami.


Penyertaan
Terbuka kepada orang dewasa; lelaki dan perempuan (sekurang-kurangnya berumur 12 tahun ke atas).


Kaedah Pembelajaran
Kaedah Talaqqi iaitu guru akan memperdengarkan terlebih dahulu bacaan Al-Qur’an. Setelah itu anda akan memperdengarkan pula bacaan anda dan guru akan menegur anda sekiranya terdapat kesalahan. Setelah itu, guru akan mengulas bacaan anda dengan terperinci.Anda tidak akan ditegur (oleh sesiapa) jika sekiranya anda belajar membaca Al-Qur’an hanya dengan berpandukan bacaan Al-Qur’an oleh syeikh-syeikh tertentu melalui CD atau kaset sahaja. Juga tidak memadai sekiranya anda hanya merujuk bahan-bahan rujukan tertentu (media cetak, media elektronik, dll.) tanpa merujuk kepada guru yang mahir dalam bidang Al-Qur’an secara Talaqqi. Jangan berguru dengan Syaitan!


Cara Guna Yahoo! Messenger
1) Anda mestilah mempunyai email Yahoo.com.
2) Memiliki Yahoo! messenger yang terbaru version 8.1.0.249 with voice (jika tidak, sila download di
http://www.yahoo.com/).
3) 'Add' alamat e-mail
nursyikri@yahoo.co.uk (guru pertama) atau che_lahtahsin@yahoo.com (guru kedua) ke dalam list Yahoo! Messenger anda dengan menekan 'add contact' di ruangan 'contacts'.
4) Jika icon Yahoo! Messenger kami online (berwarna kuning), tekan dua kali atas icon tersebut dan tulis mesej ‘ingin belajar Al-Qur’an online’ dalam ruang mesej yang terpapar di skrin komputer anda.
5) Tekan 'send' dan tunggu kami balas mesej anda untuk memulakan sesi pengajian Al-Qur’an online.
6) Anda disyorkan menggunakan talian Streamyx Broadband bagi mendapatkan kualiti suara yang bagus.


Yuran (Sumbangan)
Tidak ditetapkan. Terpulang kepada anda untuk menyumbang sebanyak mana yang anda mahu.


Cara Bayaran Sumbangan
Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam salah satu akaun di bawah:


Nur Syikri Bin Harun:
1) BIMB(No. akaun: 12038025141189)
2) Bank Rakyat (No. Akaun: 220941104381)

Atau


Che Abdullah Che Awi:
1) Maybank (No. akaun: 153065245706)
2) BSN(No. akaun: 1120029000243419)

Jika anda ingin menggunakan cek bolehlah dibuat atas nama cek tersebut dan dihantar ke alamat yang tertera di bawah:


NUR SYIKRI BIN HARUN,
LOT 3559B, BATU 49,
JALAN PAKA, 23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN.


No. Tel.: 09-8454144
No. H/P: 019-9143144


nursyikri@yahoo.co.uk
nursyikri@gmail.com


Atau


CHE ABDULLAH BIN CHE AWI,
L15-39H B, JALAN KENANGA,
KAMPUNG SURA JETI,
23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN.


No. Tel.: 09-8454300
No. H/P: 012-9677300


che_lahtahsin@yahoo.com

Nota:

Perkhidmatan pembelajaran dan pengajaran Al-Qur'an secara online ini disediakan bagi sesiapa yang tidak berkesempatan belajar Al-Qur'an dengan guru secara konvensional. Selamat belajar secara online! Semoga niat anda untuk memperbaiki/meningkatkan mutu bacaan Al-Qur'an dipermudahkan oleh Allah! Amin!